fbpx

“Saya Tak Boleh Terima Orang Tinggalkan Komen Lucah”

Mempunyai wajah yang cantik pasti membuatkan ramai jejaka tertawan tetapi hingga menghantar mesej berbaur lucah, Mira Filzah enggan bertoleransi dengan sesetengah individu yang bersikap demikian.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Mira Filzah Ketagih Selfie, Ambil 30 Gambar Sehari

Menurut Mira, beliau tidak kisah andai netizen mempersoalkan fizikal atau bakal lakonannya, tetapi tidak dengan komen atau mesej lucah. Jelasnya, beliau terpaksa menyekat dan memadam komen sebegitu.

“Saya boleh terima jika netizen menganggap muka saya seperti kayu, tetapi bukan menghantar mesej dan komen lucah. Pada kebiasaannya, saya akan terus padam komen sebegitu, jika ianya mesej, saya akan menyekat individu tersebut”

“Setakat ini saya belum bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap komen sedemikian. Apabila terlalu melampau, mungkin saya akan ambil tindakan selanjutnya,” jelasnya lagi.

Begitulah lumrah menjadi anak seni, ada saja pihak yang ingin mengambil kesempatan. Pun begitu sikap Mira harus dipuji kerana tidak cepat melatah selagi ianya tidak menganggu karier beliau. (rtky/w)