fbpx

Mira Filzah Ketagih Selfie, Ambil 30 Gambar Sehari

Selepas membintangi drama Pujaan Hati Kanda, nama Mira Filzah semakin melonjak naik. Bukan saja cantik dan berbakat, malah boleh dikatakan seorang wanita ‘beauty with brain’. Tetapi apa yang orang diluar sana tidak tahu, Mira Filzah mendedahkan dia semakin ketagih untuk mengambil selfie.

Mira mengakui adakalahnya gambar yang di ambil boleh mencapai sehingga puluhan gambar dalam sehari. Mira memberitahu, dia selalunya akan mengambil selfie setiap kali keluar dari rumah atau menghadiri majlis dan acara rasmi.

BACA: Mira Filzah Berazam Mahu Khatam Al-Quran Ramadan Ini

“Tidak dinafikan saya memang suka selfie tapi tidaklah setiap masa, bergantung juga pada keadaan. Selalunya kalau keluar rumah tu memang wajiblah,” katanya kepada Astro Gempak.

Ujarnya lagi, gambar yang diambil ketika bersolek sahaja boleh mencapai sehingga berpuluh gambar. Namun, Mira berkata dia akan berhenti berselfie apabila dia sudah berpuas hati dengan gambar yang diambil.

“Selalunya bila bersolek je berpuluh-puluh juga saya ambil. Itu tidak termasuk pula bila dah pakai tudung.

“Lebih kurang 30 keping macam tu lah, tidaklah sampai seratus. Kalau dah jumpa gambar yang ok, Mira akan stop selfie,” katanya.