Kalau dulu pernah digosipkan dengan Mira Filzah, kini oleh kerana penangan drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin dikatakan bercinta pula dengan Neelofa. Bagaimanapun Fattah menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa semua gambar mesra mereka di laman sosial hanyalah bertujuan untuk mempromosikan drama terbabit yang tengah hangat ditayangkan.
BACA: Fattah Amin Akui Dipulau Kawan Selepas Putus Cinta
“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kami cuma rakan biasa sahaja. Jadi, setiap dakwaan yang mengatakan kami bercinta sebenarnya sekadar gosip semata-mata. Keserasian sesama kami muncul secara natural dan tidak dibuat-buat, selain masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengarah”
“Saya tidak pernah mencampur-aduk urusan kerja dan peribadi sejak mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini. Buat masa ini, belum masanya lagi untuk saya bercinta semula kerana banyak perkara lain yang perlu difikirkan. Jadi, ada baiknya saya kekal fokus terhadap perkembangan karier terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo Online mengenai perkara itu.
Berpisah dengan bekas kekasih, Sherry Ibrahim Ogos lalu mungkin menjadi sebab Fattah sering kali menjadi mangsa gosip cinta lokasi. Malah menerusi kenyataan sebelum ini, pengarah drama tersebut, Micheal Ang juga sangat mengagumi serta terkejut dengan keserasian Neelofa dan Fattah dalam drama itu, apatah lagi peminat mereka yang menonton. (rkty/w)