fbpx

Fattah Amin Akui Dipulau Kawan Selepas Putus Cinta

Sejak hubungan cinta bersama Sherry Ibrahim terputus di tengah jalan dua bulan lalu, Fattah Amin mendedahkan bahawa dirinya dipulaukan oleh sesetengah rakan artis yang juga merupakan rakan baik Sherry. Bagaimanapun, bagi Fattah beliau menganggap perkara itu hak masing-masing serta enggan terlalu mengambil pusing tanda protes yang dipamerkan oleh mereka.

BACA: “Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta”

“Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, tetapi saya tak ada hak untuk memaksa mereka. Kalau mereka tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap.

“Lagipun, saya ada kawan-kawan lain. Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi,’ jelasnya kepada Harian Metro mengenai beberapa rakan artis yang enggan berkawan dengannya selepas berpisah.

Mengakui tidak pernah lagi terserempak dengan Sherry di sebarang acara hiburan, begitu juga dengan rakan-rakan lain, Fattah menegaskan bahawa dirinya mahu bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan soal kerja dan peribadi. Malah pelakon yang sedang hangat dengan drama Suri Hari Mr. Pilot itu mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya pada ketika ini.

Terdahulu, pada awal bulan Ogos lalu Fattah mendedahkan bahawa hubungan cintanya bersama Sherry berakhir apabila masing-masing membuat keputusan untuk berpisah dengan cara baik. Namun dalam masa yang sama, terpalit pula nama Mira Filzah sebagai punca perpisahan mereka, bagaimanapun Mira hanya berdiam diri sahaja begitu juga dengan Fattah. (rkty/w)