“Saya Tak Akan Keluar Rumah Selagi Kes Tak Turun”
Melihatkan kes harian Covid-19 tiada penurunan, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengakui paranoid untuk keluar rumah melainkan jika ada urusan penting sahaja.
Kata Fizz lagi, dia agak takut untuk keluar dan perlu lebih berhati-hati apatah lagi isterinya, Datin Almy Nadia kini sedang hamil enam bulan.
BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Nak Bantu Beli Produk Makanan Artis Yang Terjejas
“Sejujurnya memang agak takut nak keluar rumah melainkan saya ada urusan penting sahaja. Sebab isteri pun tengah hamil dan kami ada anak-anak kecil di rumah.
“Kalau nak pergi mana-mana, saya akan ikut SOP dan balik rumah terus mandi. Virus ini benda yang kita tak nampak,” katanya.
Menurut Fizz lagi, selagi kes belum turun dia tidak akan keluar rumah serta menyarankan orang ramai untuk mengambil vaksin sebagai pelindungan diri dan orang sekeliling.
- SUMBER
- mStar Online
Terbaik la dato…. Dato saya rase ada peluang boleh jadi pm ke 12 nnti.Saya peminat setia Dato… X lama lg boleh jadi Dato Seri… Sultan Pahang kan Agong.
duduk la kau situ.. hak masing2..
wabak ni dah kategori endemik..akan tetap ada mcm denggi dan hiv. selagi tak vaksin..risiko nk dpat amat tinggi..selamat maju berjaya.
ambillah insuran mana yg blom ada insuran, sbb insuran dh cover coronovirus. Biarlah kita pakai Saga, MYv..tpi insuran ada cover. Lainlah yg ditanggung oleh majikan. Nasib bdan masing2.
Bagus Datuk, sbb isteri peknen time covid tinggi ni bahaya risiko, tp lebih baik terus bertapa kat rumah jgn keluar kemane pun. Nk beli brg ke atau urusan, suruh asst jer.