fbpx

Fizz Fairuz, Almy Nadia Nak Bantu Beli Produk Makanan Artis Yang Terjejas

Tidak dinafikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang terjejas pendapatan termasuk selebriti yang tidak dapat meneruskan aktiviti seni mereka.

Terkesan melihat situasi itu, pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia mengambil inisiatif untuk membeli produk makanan yang dijual golongan artis yang terjejas.

BACA: Fizz Fairuz Risau Almy Nadia Susah Tidur Malam, Sesak Nafas Sejak Hamil

Menurut Fizz, beliau dan isteri akan membeli dalam kuantiti yang banyak dan produk makanan tersebut akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

“Kami mencari rakan-rakan artis yang berniaga atau membuat perniagaan secara dalam talian. Saya memerlukan makanan anda untuk disumbangkan.

“Kami akan ambil dalam kuantiti yang banyak juga. Jadi, kepada rakan-rakan artis tak kira artis baru, lama atau ada sesiapa yang mengenali mana-mana artis yang berniaga, sampaikan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Almy berkata itu adalah salah satu cara untuk mereka membantu sesama artis apatah lagi dalam situasi sekarang ada yang tidak boleh berniaga.

“Kami beli daripada anda dan kami sumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan petugas barisan hadapan.

“Kami boleh bantu rakan-rakan artis dengan membeli makanan (jualan) anda. Janji sedap, ikhlas dan puas hati untuk kami beli dan sumbangkan,” katanya.