fbpx

“Saya Tahu Jaga Batas Sebagai Tunang Orang”

Bergelar tunangan orang, Risteena Munim berkata Isa Khan tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia berlakon. Malah, Risteena berkata dia sendiri tahu menjaga batas pergaulan demi kebahagiaan hubungan mereka.

Menurut Risteena, dia akan memilih naskah yang sesuai unuk menjalani penggambaran dan mendapatkan persetujuaan daripada Isa juga sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

BACA: Sentiasa Memaafkan Rahsia Risteena Kekal Bahagia

“Isa tak pernah meletakkan apa-apa syarat dekat saya. Tapi saya sendiri yang tahu jaga batas sebagai tunang orang dan selepas ni akan bergelar seorang isteri.

“Jadi mesti la saya akan pilih drama-drama yang dapat persetujuan dari Isa juga,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu bercakap mengenai norma baharu, kakak kepada Ruhainies itu lebih selesa untuk menyediakan barang penggambaran sendiri dari rumah. Ujarnya, dia perlu berhati-hati memandangkan pandemik masih belum pulih.

“Saya selesa dengan norma baharu ini. Untuk barang-barang penggambaran saya lebih memilih sediakan sendiri.

“Daripada barang solekan termasuk dengan wardrobe semua bawa sendiri. Kita kena lebih berhati-hati sebab pandemik ini belum lagi pulih,” katanya lagi.

Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia. Pasangan itu merancang untuk manamatkan zaman bujang hujung tahun ini.