fbpx

“Saya Tahu Dulu Afifah Nasir Tak Bersalah”

Sedang hangat kontroversi Aliff Aziz curang sekali lagi dengan seorang pelakon, nama Afifah Nasir tiba-tiba muncul apabila ada peminat mendakwa pelakon itu terbukti tidak bersalah dengan kontroversi sebelum ini.

BACA: Bella Astillah Redha Jika Bercerai Jalan Terakhir

Menerusi komen di entri terbaru Instagram Afifah, beberapa peminat meninggalkan komen meminta beliau tampil membersihkan namanya setelah kontroversi Aliff kali ini membuktikan beliau tidak bersalah.

Dakwa peminat tersebut, mereka percaya sejak dari dulu Afifah tidak bersalah dalam kontroversi yang tercetus itu apabila kini terbukti Aliff merupaka punca kontroversi sebelum ini tercetus.

Tidak lama kemudian, Afifah membalas komen peminatnya itu sebagai tanda setuju dan mengatakan tiada keperluan untuknya memuaskan hati semua orang dan mempercayai Allah adalah perancang terbaik.

Hari ini isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan suaminya sekali lagi curang dibelakangnya apabila keluar ke kelab malam sehingga mabuk bersama seorang pelakon, Oktovia Manrose semalam.

Bagaimanapun Oktovia tampil menafikan dakwaan Bella mengatakan beliau mabuk di kelab malam dan meminta bukti. Oktovia juga mendakwa Bella telah menghalau Aliff keluar dari rumah. (rtky/w)