Pelakon Hannah Delisha berkata dia menyimpan hasrat untuk menimang empat cahaya mata bersama suaminya, Iman Shah jika diberikan rezeki.
Memetik Harian Metro, Hannah bagaimanapun berkata mereka masih merancang mengenai soal cahaya mata dan enggan tergesa-gesa.
BACA: Hannah Delisha Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah
“Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah.
“Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak. Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya.
“Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata perlu mempersiapkan diri serta mengumpul kekuatan untuk bergelar ibu apatah lagi tanggungjawab sebagai ibu bekerjaya sangat mencabar.
“Terus-terang, saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja.
“Setakat ini, orang sekeliling pun tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya.
Terdahulu, Hannah dan Iman yang juga pelakon dari Singapura mendirikan rumah tangga pada Februari 2021.