fbpx

“Saya Tahu Ada Rakan Artis Cakap Belakang Tapi …”

Sering dihimpit kontroversi, Haqiem Rusli sedar bukan saja peminat, malah sesama rakan artis juga ada bercakap belakang mengenainya namun beliau memilih untuk berdiam diri saja agar isu ini tidak berpanjangan.

BACA: “Saya Ghairah Mahu Kekalkan Identiti Sampai Lupa”

“Saya tahu ada rakan artis yang bercakap di belakang, tetapi saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham dan memburukkan lagi keadaan. Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan”

Terbaru, Haqiem dikecam gara-gara memakai spek mata hitam dan memakai airpods ketika melawat rumah asnaf. Ramai berpendapat tindakan Haqiem seolah berlagak dan tidak menghormati orang-orang di sekeliling.

“Saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam. Sukar untuk saya berdepan situasi seperti ini, jadi daripada terus membaca pelbagai komen negatif yang menghentam, lebih baik saya padam sahaja Twitter”

“Saya tidak mahu diri terkesan dengan pelbagai kecaman yang ditinggalkan ‘haters’. Tidak tahu lagi bagaimana mahu menangani perkara ini. Sekurang-kurangnya saya dapat menjauhkan diri daripada perkara yang memberikan tekanan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini pula, Haqiem sekali lagi menaikkan kemarahan orang ramai apabila mengakui dirinya mengalami depresi sebagai gimik lagu baru. Selain itu, Haqiem juga pernah dikecam kerana tindakannya merampas microfon daripada peserta sebuah program sebagai gurauan. (rtky/w)