fbpx

“Saya Ghairah Mahu Kekalkan Identiti Sampai Lupa”

Gara-gara memakai cermin mata hitam dan airpods ketika menyertai program amal tempoh hari, Haqiem Rusli kesal tindakannya mahu mengekalkan identiti sebagai penyanyi disalah faham oleh netizen hingga dikecam teruk.

BACA: “Ziarah Rumah Asnaf Pakai Kaca Mata Hitam & Airpods, Tak Ada Adab Ke?”

Dalam pada itu, Haqiem juga memohon maaf andai tindakannya itu dianggap biadap dan berlagak. Susulan kejadian itu, Haqiem membuat keputusan untuk berehat dari laman sosial, Twitter bagi meredakan keadaan.

“Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada. Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon”

“Tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu. Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai. Akaun laman sosial itu masih wujud, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika,” katanya.

Nama Haiqem lagi sekali panas apabila tindakannya memakai cermin mata dan airpods dianggap tidak pandai membawa diri dan seperti budak kaya yang berlagak ketika melawat ke rumah asnaf baru-baru ini. (rtky/w)