fbpx

“Saya Susah Nak Terkesan Dengan Komen Netizen”

Pasangan selebriti Awal Ashari dan Scha Alyahya sememangnya sentiasa menjadi perhatian. Apa saja yang mereka lakukan, ada sahaja netizen yang akan memberikan respon termasuklah soal penjagaan anak dan dalam bab berfesyen.

Baru-baru ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh Scha di Instagram miliknya mengundang kecaman netizen yang berpendapat baju dalam atau inner warna kulit yang dipakai oleh Scha itu dilihat kurang sopan dan boleh mengundang fitnah.

BACA: “Memang Pakai Baju, Tapi Menyerupai Orang Tak Pakai Baju”

Bagaimanapun, Scha memberitahu dia tidak terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan netizen kerana baginya itu adalah pendapat mereka masing-masing.

“Fitnah itu datang daripada pandangan dan fikiran masing-masing walaupun mereka sendiri sedia maklum ada inner. Alhamdulillah, setakat ini, saya memang susah nak terkesan dengan komen-komen yang dilemparkan netizen kepada saya. Setakat ini masih lagi okey,” katanya kepada Kosmo!

Bukan mudah untuk bergelar selebriti kerana setiap gerak-geri dan tindak tanduk akan menjadi perhatian. Pasti ada saja netizen yang akan cuba mencari kesalahan. Apa pun pujian harus diberikan kepada Scha kerana sikapnya tidak mudah melatah apabila ditegur.