fbpx

“Memang Pakai Baju, Tapi Menyerupai Orang Tak Pakai Baju”

Pelakon Scha Alyahya antara selebriti wanita yang menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti akan menjadi perhatian. Baru-baru ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram miliknya mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan baju yang dipakai oleh Scha itu jarang dan agak seksi. Netizen berpendapat baju dalam atau inner warna kulit yang dipakai oleh Scha itu dilihat kurang sopan dan boleh mengundang fitnah.

BACA: Macam ‘Rumput’? Rambut Scha Alyahya Dikritik Netizen

Ada juga mengatakan, tiada bezanya memakai inner sama dengan warna kulit kerana ianya seperti tidak memakai baju.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen gambar tersebut, netizen turut menasihati pelakon cantik itu agar lebih berhati-hati dalam soal pemakaian. Tidak kurang juga ada yang meminta untuk memadam gambar tersebut agar tidak mengundang sebarang fitnah.