“Saya Susah Nak Gaduh Dengan Sesiapa, Tapi Orang Datang Cari Gaduh”
Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai perselisihan faham antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice berkenaan misi bantuan di Gaza.
Sejak semalam video lama dikongsikan menerusi akaun Instagram @jentikhati menjadi perhatian ramai dimana Ebit Lew meluahkan rasa sehingga mengalirkan air mata.
BACA: Caprice Harap Hubungan Dengan Ebit Lew Kembali Pulih
Menurut Ebit dia tidak suka bergaduh dengan sesiapa apatah lagi mengata tentang orang lain. Bagaimanapun, Ebit berkata orang lain yang datang seolah cari gaduh dengannya.
View this post on Instagram
“Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.
“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih,” katanya.
Kata Ebit lagi meskipun jika ada yang menghantar mesej bukan-bukan kepadanya serta mesej ugutan, dia tidak akan membalasnya.
“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.
“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya.
Diakhir video tersebut, Ebit turut mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran yang penuh kasih sayang.
“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.
“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Sedihnye..sentiasalah berbuat baik, ckp yg baik2, fikir yg baik2, jgn sakiti org lain..ajal bila2 boleh sampai dan kita akan pulang mengadap Allah dgn segala yg tercatat, kanan atau kiri yg berat..jihad utk menjaga lidah dan nafsu kita sendiri ni lah yg paling payah.
Manusia ni mcm2 perangai dan cara mrk sampai kasih sayang pun mcm2 cara dan nada. Zaman Nabi pun ramai org2 yg cabar Nabi. Dunia ni bkn syurga yg sempurna dgn kasih sayang tanpa ada mcm2 kritikkan, perbezaan pandangan, perbalahan, pertikaian dan rasa x puashati masing2. Ustaz pun bkn maksum semua ustaz buat tu betul dan baik. Jadi sudah pasti akan ada org pertikai dan x setuju. Jadi selaku org yg mencari keredhaan Allah, org yg nak mencontohi akhlak Rasulullah kenapa ustaz nak emosi pulak?! Bkn ke org2 mcm ustaz ini lebih memahami fitrah dan sunatullah kehidupan sbg sorg murabi???
Awk tnya kenapa ustaz nk emosi pulak..sdngkan awk jgk ckp yg ustaz manusia biasa bukan nabi yg maksum..ustaz jgk ada perasaan dan emosi sama mcm awk..even sorang manusia tu pegang title ustaz skli pun mereka bukan batu yg sifatnya keras tanpa apa2 perasaan walau d pijak d baling ttp keras,mereka juga manusia sama macam kita..nk tegur biar ada adab bukan dgn cara mengaibkan d medsoc macam ni.
1 jer aku nk cakap,
Dalam dunia ni mmg xdpt pon nak puas kan hati siapa2…..xkisahla apa jua kebaikan yg kita buat , kdg3 [email protected] manusia selalu akan salah tafsir, atau fkir bukan2 even bnda tu adalah perkara2 kebaikan…..so mulut manusia mmg xbole nk tutup, xbole nk buat apa….
Ustaz teruskan je apa yg ustaz rasa baik dan niatkan yg baik3 LillahiTaala. Moga2 Allah akan sentiasa Jaga dan Lindungi Ustaz selalu…..
Manusia2, kdg3 lidah bercabang3, depan cakap lain, blkg cakap lain, bila hati sudah meroyan atau xbole fkir rasional so back to Allah cepat2. Bila kita push3 org lain, belom tentu itu akan dpt jawapan apa ygkita nak,
Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui segalaNya….Allah jualah Pentadbir sekalian alam jadi jgn takut dgn manusia, manusia ni sama level saja….akan ada penghalang3 bila kita nak berubah, bila kita nk buat baik, atau bila kita nak dekat pd Nya.
WaAllahu’alam…..
Sabar lah ustaz ebit.. Allah sentiasa ada. Biaq p depa ..
Ustaz tu tau Allah ada xkan le dia jd ustaz kalo dia sendiri x yakin Allah ada. Kdg2 yg bg komen ni pun alahai. Ustaz x faham kenapa ramai org pertikai usaha dia. Tu dia emosi…
Rindu arwah Harun Din dan arwah Harussani Zakaria. Tp kenape derang xde gamba2 bertafakur mcm gambar di atas sana?
Zaman2 covid ni kluo akhlak masing2. Kadang2 ustaz pun berckp ikut sedap mulut jek x redha dgn ujian Allah. Ada ustaz lg taksub dgn propaganda yg dibuat kaum kapitalis tentang betapa hebat perancangan dan usaha kaum illuminati seolah2 lupa Allah punya perancangan jauh lebih besar sampai mrk syirik dgn mengata kan secara mutlak virus ini buatan manusia dgn tujuan utk mengurangkan populasi manusia. Pd hal kalau dah tertulis itu mmg ajal org tu nak mati sapa yg boleh halang takdir Allah??? Mrk lupa pd qada dan qadar dan konsep berusaha mencecah perkara2 yg mengancam nyawa dsbnya. Jd bukan semua ustaz atau agamawan tu betul. Mrk pun mcm kita jugak walau mrk bnyk ilmu dan amal tp Allah lebih tau siapa yg mulia dan ikhlas diantara kita ini semua.
Sampai skrang aku x faham apa isu pangkalnye.
Sabar ustaz..sabar jgn bergaduh…
Kita muhasabah diri adalah lebih baik…kalau ustaz rasa dia cari gaduh…fikir baik2 dah la…x yah bls ape2.
Bls block sudah
since kantoi Aman Palestine tak declare account. aku tertanya2, pernah ke NGO under Ebit Lew ni declare account NGO dia? banyak tu sumbangan rakyat Malaysia masuk ke dalam account NGO dia.
aku rasa isu dia ni caprice tak sedap hati sbb uel cuma tunjuk gambar bagi makan bagi hadiah etc. caprice nak ikut sama sbb nak tunjuk kat dunia yg msia ikut serta nak berjuang. sbb tu hang tak dpt masuk kot. org atasan tau kamu ada agenda sendiri. nanti msia yg da huru hara dgn covid ni dikecam dunia atau musuh sbb agenda kamu backfire, kamu nak tanggung? ke nanti salahkan org atasan? ingat senang nak jadi ketua negara encik caprice? uel hati murni nak tolong aje, tak nak banyak songeh. mungkin dia berbisik berbual ‘agenda lain’ wallahua’lam tapi tak secara terangan seperti yg caprice inginkan? uel dah jumpa sultan dan jumpa menteri, dia lebih tau kot. apa pon niat, ngadu kpd Allah. kalau niat betul Allah tunaikan. lontar kat media tak gentlemen
Rindu arwah Harussani Zakaria & Harun Din. Tapi tak pernah tgk gambar mereka bertafakur sendiri, mcm gambar di atas nun. Bertafakur memerlukan fokus. Uel mesti set kamera sebelum bertafakur. Blh fokus ke? Or ada staff sentiasa menanti moment yg menjadi tauladan, utk diambil candid. Susah jugak nk concentrate
aku hargai UEL kerana sumbangan dia selama ni. tp dlm kes ni, ada nampak khilaf sikit. salah paling bodoh, staff dia yg sgt tak professional. pada aku Caprice dah cuba bincang dgn PM. kat situ nampak, Caprice cuba berbicara dgn baik tanpa pengetahuan umum. tp malang, takde respon malah diperli dgn sgt tak professional oleh staff UEL. aku masih tak cakap UEL salah, sbb UEL berdiam diri sampai sekarang. yg jd mangsa Caprice sbb dia telah “menjolok” insan “kesayangan” rakyat Malaysia. apa pun aku tak juga cakap salah Caprice, sebab nampak dia cuba bersikap jujur dalam menyelesaikan masalah. kita tak boleh terlalu “obses” dgn satu2 individu. sbb ini sikap org politik yg taat pada parti wlwpun parti dia buat salah, dia tetap cakap betul. ini soal agama, soal betul atau salah sesuaty perkara. UFW pertahankan Caprice dalam isu ni. kita tak boleh salahkan dia, sbb pasti dia ada pendapat sendiri. harap keduanya kembali berbaik semula. dua2 tokoh yg hebat termasuk UFW… PEACE …
Kalau gamba UEL tgh melakukan aktvt kebajikan yg peelu bantuan ramai2, normal klu ada org and staff2 dia tlg ambik gamba.Tp klu aktvt ibadat yg memerlukan concentrate, bertafakur dan berdoa, pun staff ambik gamba ke? Or selfie ? Click camera timer and pose tafakur and doa? Terbayangkan proses ambik gamba aktvt tafakur dan berdoa
Pada yang cemburu dan hasad dengki dgn UEL sebab disayangi rakyat, sila muhasabah diri. Kalau korang cemburu sebab korang pun tolong orang tapi tak buat publisiti itu masalah korang. Tapi sebab hasad tu habis semua pahala tolong org sebelum ni.
@bersikap professional lebih baik…iya,saya setuju dgn pandangan awak..mungkin ada khilaf di mana²…saya pun x setuju dgn cara staff uel menangani isu ni..seperti mnuang mnyk api kt api yg marak… suppose boleh jwp elok²…tlg jwp kn bg pihak uel ker…atas apa yang caprice tanya…drpd terus block mcm tu tanpa ada response..atau pun simple jwpn, ‘nanti kte bncg’..jadi sedikit sbyk,boleh jernih kn keadaan…tidak berpihak pada siapa², semoga jumpa jalan penyelesaian..
Senang ckp, mmg nak jadi sebab je dia terhalang masuk ke gaza. Yg mmbenarkannya bkn manusia atau makhlok. Bkn semua org dibenarkan Allah ke tmpt begitu, bak kata astronaut negara. Redha dan muhasabah diri. Mungkin lain masa try lg
Semoga semuanya baik-baik saja
ADA PULA TANYA MENGAPA UEL AMBIL GAMBAR MACAM KAT ATAS?, YANG BERTANYA NI BETUL KE?? KEMUDIAN ADA PULA KATA UEL SEPATUTNYA MENJAWAB PERTANYAAN SI TOPI NASI.. SERIOUSLY ORANG YANG BERKATA2 TU BETULKAH KEPALA OTAK KO? KO NI DARJAH BERAPA? BUDAK2 INGUSAN KE??? BAIK GI SEKOLAH SEMULA….