Penyanyi Ernie Zakri berkongsikan dia mula jatuh hati dengan suaminya, Syamel selepas melihat gelagatnya ketika menyertai program Akademi Fantasia.

Menerusi satu hantaran di Threads, Ernie berkata suaminya seorang yang kelakar sehingga membuatkan dia sakit perut kerana ketawa.

BACA: Ernie Zakri Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 37

View on Threads

“Kalau nak tahu, saya suka dia waktu selepas AF ini sebab dia kelakar. Saya gelak sampai sakit perut,” tulisnya.

Sementara itu, Ernie berkata sehingga kini suaminya tetap bersifat sedemikian dan anak mereka iaitu Khawla mengikut sifat seperti bapanya.

“Manis itu ada juga waktu itu. Sekarang, manis banyak. Sampai sekarang pun dia macam ini di rumah. Anak ikut dia lah,” katanya.

×