“Saya Suka Perempuan Tinggi, Cantik, Freehair” 

Pelakon Meerqeen secara terbuka berkongsikan ciri-ciri wanita idamannnya iaitu memiliki fizikal yang tinggi dan rupa paras yang cantik.

Menerusi podcast Myn & Cat, Meerqeen bagaimanapun berkata yang paling penting pasangannya itu menghormati keluarganya.

BACA: Meerqeen Pernah Diherdik, Kepala Dipijak Kekasih

@meernaloverss

Yang mana cukup ciri2 tu boleh lah ya isi borang ? Hakakmu yg first tu dah x cukup awal2 kena tendang ? Redha jelah #Meerqeen #fyp #MynAndCat

? original sound – MeerNaLoverss – MeerNaLoverss

“Saya suka perempuan tinggi, cantik, freehair. Apa yang paling penting sekali adalah dia perlu hormat keluarga saya. Sebab saya sudah semestinya akan hormat keluarga dia,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen berkata dia tidak kisah mengenai penampilan sama ada wanita itu bertudung atau tidak, asalkan seorang yang beradab.

“Sebenarnya pakai tudung atau tidak saya okay sahaja. Adab kena ada. Sihat dan fit,” katanya.

Sumber: TikTok

×