fbpx

“Saya Suka Baca Kecaman, Tanda Orang Ambil Peduli”

Nyanyian di minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 dikritik sumbang oleh netizen, penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob akui sudah sedia berdepan segala kritikan.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Mengakui persembahan pertamanya itu tidak berapa baik, Fazley berkata ia kerana dia terlalu gemuruh apatah lagi sudah lama tidak menyanyi di pentas besar.

BACA: Suara Dikritik Sumbang, Netizen Suruh Fazley Yaakob Masak Je

“Kecaman daripada netizen memang sudah jangka dan saya tahu itulah perkara pertama saya perlu persiapkan diri bila bertanding di pentas GV8.

“Saya sedar dalam program itu kita adalah ‘milik’ penonton 200 peratus. Saya sendiri maklum tidak dapat buat dengan baik kerana perasaan gementar yang sangat kuat.

“Menyanyi di dinner show berbeza bila menyanyi di kaca TV. Apa pun ini menjadi proses penambahbaikan buat saya. Saya anggap kritikan atau kecaman sebagai pembakar semangat. Saya suka baca kecaman kerana ia tanda orang ambil peduli,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley berkata percubaannya dalam mengatasi perasaan gemuruh dianggap sebagai satu kejayaan apabila ramai terubat melihatnya membuat persembahan di atas pentas.

“Nak hilangkan rasa gementar itu bagi saya tak mudah. Tapi untuk saya pegang mikrofon dan menyanyi atas pentas itu sudah dianggap sebagai kejayaan pertama untuk saya,” katanya.