fbpx

“Saya Sudah Tiada Hati Pada Intan” – Ude

Selepas isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana membuat kenyataan tentang suaminya memfailkan permohonan cerai, giliran Ude pula memberi kenyataan tentang hubungan rumah tangga mereka.

Pemuzik bebas itu mengakui, dia sudah tiada hati untuk hidup bersama dengan isterinya itu dan perpisahan adalah jalan terbaik.

Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan tidak sanggup menipu diri untuk meneruskan lagi perhubungan sebagai suami isteri.

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalum Ude bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas proses perbincangan mengenai nafkah dan penjagaan anak selesai.