fbpx

“Saya Sudah Solo, Buka Hati Untuk Berkawan”

Nampaknya bertalu-talu kontroversi Emma Maembong diperkatakan kebelakangan ini. Selain masih tiada penghujung berkenaan hubungannya dengan Kamal Adli, Emma tiba-tiba terpalit pula dengan ‘gosip cinta’ membabitkan ahli perniagaan. Tetapi jelasnya, beliau masih solo dan berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

BACA: “Saya Belum Lamar Emma Maembong Seperti Didakwa”

“Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi”

Bagaimanapun cerita hubungan ‘rapat’ dengan ahli perniagaan bergelar Datuk itu nampaknya tidak disenangi peminat. Ramai mula berpendapat hubungannya dengan Kamal putus kerana Emma memandang status ‘rakan baru’nya itu. Selain itu ada juga membangkitkan hubungan Emma dan Zizan suatu ketika dulu dengan meletakkan kesalahan ke atas Emma.

“Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja”

“Tidak perlu untuk mensensasikan perkara ini kerana ia memberi impak negatif kepada saya yang baru putus cinta,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kontroversi dengan ahli perniagaan.

Apapun kalau sudah tiada jodoh, nak buat macam mana. Tetapi rasanya jangan terlalu cepat untuk mencari pengganti kepada cinta lama, takut yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. (rtky/w)