fbpx

“Saya Belum Lamar Emma Maembong Seperti Didakwa”

Belum pun reda kontroversi hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli yang turut melibatkan Zahirah Macwilson, terdengar pula khabar angin baru mengenai hubungan ‘rapat’ diantara Emma dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali, Datuk Salim Rahman. Hubungan itu mula tersebar hingga ada berita mengatakan Salim bakal melamar Emma.

BACA: “Kamal Adli Kata Saya Yang Terhegeh Hegeh”

“Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti “family friend” dan mengenali dia daripada abang iparnya. Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa”

“Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat,” jelasnya kepada m Star Online mengenai hubungan rapat denagn pelakon tersebut.

Menurut Salim, beliau mengenali Emma beberapa bulan lalu melalui abang ipar pelakon terbabit. Malah jika perasan, sebelum ini Emma ada memuat naik sekeping gambar mereka berdua di Instagram ketika karnival Mood Republik Tour di Sabah. Pastinya berita ini menambah kekeliruan peminat.

Terdahulu Emma terbuka memberitahu hubungannya dengan Kamal sudah putus kerana kehadiran orang ketiga, Zahirah. Manakala semalam pula Zahirah tampil mendedahkan perbualannya bersama Kamal menerusi Whatsapp, di mana Kamal didakwa mereka cerita mengenai hubungan mereka di depan Emma. Hmm apalah agaknya cerita sebenar. (rtky/w)