fbpx

“Saya Sudah Minta Maaf Pada Wakil Fazura Itu”

Masih lagi isu Faezah Elai didakwa mempersendakan fizikal badan wakil Fazura di Anugerah Telenovela 2018. Jelas Faezah, beliau sudah pun memohon maaf kepada wanita terbabit menerusi pesanan peribadi di Instagram.

BACA: “Bukan Nak Memalukan, Hanya Bergurau”

“Saya sudah minta maaf dengan wanita terbabit. Namun dia tidak memberikan sebarang jawapan. Saya sudah mesej dia secara peribadi di Instagram. Saya minta maaf dengan ikhlas. Sama ada dia maafkan saya atau tidak, terpulang”

Selain itu, Faezah turut berasa kesal kerana hal itu diperbesarkan orang ramai dan mempersoalkan personaliti Fazura yang kononnya sentiasa bersikap positif tetapi mengundang kata-kata negatif dalam hal ini.

“Sebelum ini Fazura selalu melaungkan ingin sesuatu yang positif saja dan sayangi diri. Tetapi, tindakannya memuat naik perkara itu di Instagram mengundang kepada perkara negatif”

“Netizen melemparkan kata-kata negatif dan saling bergaduh. Adakah itu sesuatu yang positif? Orang kata saya sengaja berbuat sedemikian, kerana mahu publisiti. Saya sudah tidak berlakon, jadi tak perlu semua itu.,” jelasnya.

Harapnya hal ini tidak berpanjangan lagi, apatah lagi Faezah sudah memohon maaf. Sebagai manusia biasa memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Harap pihak Fazura juga terbuka untuk memaafkan Faezah. (rtky/w)