fbpx

“Bukan Nak Memalukan, Hanya Bergurau”

Kerana dikecam hebat, Faezah Elai mempertahankan diri dan menjelaskan beliau tidak berniat memandang rendah wanita bertubuh gempal. Jelasnya, beliau hanya bergurau namun disalaherti oleh orang ramai.

BACA: Faezah Elai Malukan Wakil Ambil Anugerah Fazura

“Mungkin gurauan saya agak kasar hingga ramai membuat andaian saya mempersenda susuk tubuh wanita yang berubah selepas melahirkan anak. Saya tiada niat menyindir bentuk tubuh individu itu”

“Saya hanya maksudkan trofi itu diterima orang lain, bukan Fazura sendiri. Tiada langsung kaitan dengan susuk tubuh wanita itu. Saya tidak terfikir langsung untuk memalukan atau memandang rendah kepada sesiapa”

Dalam masa yang sama, Faezah seolah menyindir Fazura kerana memuat naik kenyataan mengenai tindakannya yang dianggap sebagai ‘body shaming’ sehingga mengheret orang ramai salah sangka terhadapnya.

“Saya berkata begitu sebagai merujuk kepada diri yang turut mempunyai lima anak dan berhijab. Jika ada pihak yang salah faham dengan kenyataan saya, kenapa perlu mengajak orang lain supaya keliru sama?,” katanya.

Terdahulu Fazura memuat naik sebuah video menunjukan Faezah ‘bergurau’ mengenai bentuk badan wakil yang mengambil anugerahnya, berserta dengan kata-kata positif buat wanita diluar sana. (rtky/w)