fbpx

“Saya Sudah Maklumkan Kepada Bapa Mentua Saya” – Aslam

Suami kepada pempengaruh Marissa Dania iaitu Aslam mengesahkan berita mengenai pemergian anak sulung mereka selepas dilahirkan tidak cukup bulan semalam.

Menerusi perkongsian di Instargram, Aslam memaklumkan dia sudah memberitahu perkara itu kepada bapa Marissa yang juga pelakon Norman Hakim serta isteri pertamanya, Misya Mazlan.

BACA: “Tak Nak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?” – Marissa Dania

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@aslambul)

Sementara itu, Aslam turut meminta semua pihak mendoakan buat mereka sekeluarga serta tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat spekulasi.

“Saya mohon semua mendoakan yang baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya.

“Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah memaklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan,” katanya.

Dalam pada itu, Aslam berkata dia reda dengan ketentuan takdir serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta Misya yang membantu dalam urusan pengebumian anaknya itu.

“Terima kash pada ibu bapa, bapa mentua, Umisya dan qariah surau yang terbabit dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari itu.

“Apa yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, apa yang baik dari Allah SWT… Allah tetap sebaik-baik perancang. Saya terima semua sebagai ujian dan hikmah buat saya,” katanya.