fbpx

“Saya Sudah Maafkan Suami & Tak Mahu Ungkit Lagi”

Rumah tangga pernah dilanda badai sebelum ini, Mia Ahmad dan suaminya, yang juga penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi enggan lagi mengenang kisah lalu. Meskipun luka masih terasa, Mia Ahmad menganggap ianya ujian dalam perkahwinan.

Ada segelintir pihak menuduhnya sengaja membuka aib rumah tangga, Mia berkata orang luar tidak tahu perkara sebenar dan apa yang dihadapi olehnya. Ujarnya lagi, dia sudah pun memaafkan suami dan hubungannya dengan suami juga sudah kembali pulih.

BACA: “Saya Tak Rela Bermadu” – Mia Ahmad

“Saya marah, malah jadi tidak rasional kerana dugaan itu berlaku ketika baru dua minggu melahirkan anak. Mujur saya tidak meroyan. Saya anggap ini sebagai sebahagian ujian awal dalam perkahwinan.

“Apa yang penting, saya dan suami sudah melepasi detik sukar yang hampir menghancurkan kebahagiaan kami. Saya sudah memaafkan suami dan tidak mahu mengungkitnya lagi,” katanya.

“Apabila berdepan dengan episod hitam, kami lebih mengenali antara satu sama lain. Saya hanya mahu bahagia dan tenang apabila memilih untuk mempertahankan rumah tangga.

“Tidak terlintas di fikiran untuk menjaja kisah rumah tangga. Dahulu, saya hanya memberikan bayangan dan tidak mendedahkan segala kekusutan yang kami lalui,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Mia berkata dia meminta petunjuk daripada Allah dan banyak bermunasabah diri ketika melalui ujian rumah tangga. Ditanya mengenai soal kepercayaan, Mia berkata buat masa ini dia tidak mempunyai jawapan untuk perkara itu.