“Saya Tak Rela Bermadu” – Mia Ahmad
Pelakon Mia Ahmad yang menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), memberitahu dia tidak rela untuk bermadu atau berkongsi kasih dengan wanita lain.
Mia yang juga dalam proses pemulihan rumah tangganya berkata, anak merupakan pengikat kasih antara mereka.
BACA: Peminat Gembira Tengok Mia Ahmad, Suami Pergi Bercuti
“Saya takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi, saya sangat hormat pada wanita yang dapat melakukannya iaitu hidup bermadu.”
“Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.
“Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya kini sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Nur 2.
Dalam pada itu, Mia berkata dia banyak bermuhasabah diri dalam menempuh dugaan yang melanda dirinya.
“Tak dinafikan, selain sokongan daripada keluarga saya, kehadiran anak kami, Sayf Issa yang baru berusia enam bulan banyak membantu menjernihkan hubungan saya dan suami.
“Sekarang, kami banyak masa bersama membesarkan Sayf. Saya bersyukur masih dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina,” katanya yang terus optimis untuk mempertahankan rumah tangga yang dibinanya.
Untuk rekod, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan. (rtky/h)
kentut satay ayam lah pulak….
Laki kaya msti ada byk bini ke. Aku nk tau je. X bleh ke tahan dgn satu bini smpai mati. Kalo pompuan boleh awat jntn x bley.
Lelaki ni senang saja tipu bini kahwin dgn kekasih lepas tu buat pc mint maaf dia peduli apa hati isteri tergiris yg penting diri dan nafsunya tertunai
Lihat saja Ashraf Muslim angkut kekasih ke Thailand bersekongkol dgn keluarga tipu Dr. Dayana….
Lelaki ikut sunah dari segi nafsu tapi hal lain2 buang laut
kalau anda “tahan” dgn laki bolehlah stay, kalau anda x “tahan”..biarkan dia berbini satu lgi..