Nampaknya, rumah tangga Lufya Omar sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon itu meluahkan rasa terkilan dengan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz yang seolah melengahkan kemelut mereka apabila tidak hadir pada sebutan permohonan cerai hari ini.
Menurut Lufya dia sudah pun menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya bulan lalu dan akui sudah empat bulan digantung tidak bertali. Malah, dia sukar untuk menghubungi suaminya bagi membincangkan perkara tersebut.
BACA: Dr Che Hafiz Buat Laporan Polis Terhadap Lufya
“Saya sudah empat bulan lebih digantung tidak bertali. Dia susah dihubungi dan tidka mahu berbincang dengan baik.
“Dia juga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan anak kami. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan tapi dia seolah-olah mahu melengahkan hal ini.
“Siapalah yang berkahwin mahu bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya. Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Lufya berkata dia bersedia untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang selepas suaminya membuat laporan polis terhadapnya awal Oktober lalu.
“Berani kerana benar…. nak saman atau apa sekali pun saya bersedia,” katanya.
Mahkamah menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.