fbpx

“Saya Sokong Apa Sahaja Keputusan Nabila”

Ketika ini pergolakkan rumahtangga pasangan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila hangat diperkatakan. Sebagai adik, Neelofa inginkan kakaknya mendapat yang terbaik dalam hidup dan menyokong apa sahaja keputusan.

BACA: “Anak Akan Bersama Saya Sampai Bila Bila”

“Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. Apa yang saya boleh cakap, dia sangat kuat dan berhak mendapat yang terbaik”

“Saya pasti menjadi orang pertama ditanya kerana kami tinggal serumah. Tetapi, tidak adil saya mengulas mengenai rumah tangga mereka. Sebagai adik, saya menyokong apa sahaja keputusan yang membuat kakak gembira”

Tambah Neelofa, warganet bebas membuat apa sahaja spekulasi mengenai gambar kompleks mahkamah yang dimuat naik kakaknya semalam. Dalam masa sama, Neelofa minta netizen agar menantikan sahaja keputusan kakaknya.

“Saya, keluarga dan rakan sentiasa berada di belakangnya. Itu perkara normal dan saya yakin, Nabila dapat mengendalikannya dengan baik. Dia pasti tahu buruk baik setiap tindakan yang dilakukan. Nantikan sahaja,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac 2017. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Ayden pada Ogos tahun lalu. (rtky/w)