fbpx

“Anak Akan Bersama Saya Sampai Bila Bila”

Gambar kompleks Mahkamah Syariah Wilayah yang dimuat naik Noor Nabila terus menjadi tanda tanya. Manakala Sharnaaz Ahmad pula enggan mengulas lanjut mengenainya demi menjaga hati kedua belah keluarga.

BACA: Muat Naik Foto Di Mahkamah, Noor Nabila Fail Cerai?

“Buat masa ini saya belum bersedia bercerita sebab ia hanya andaian jadi tak berani nak cakap takut memudaratkan lagi keadaan. Saya tahu saya banyak bercakap benda-benda begini tapi ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih”

“Pertama kali dalam hidup saya tidak dapat hendak mengungkapkan perasaan sendiri. Saya bagai kehilangan kata dan tak tahu nak cakap apa, saya rasa kosong. Apa yang saya tahu hari ini bersepah orang telefon bercakap pasal ini”

Luah Sharnaaz lagi, walau apa pun yang bakal berlaku di dalam rumah tangganya dengan isteri, keutamaan beliau adalah kepada anak sulungnya, Jebat Ayden yang akan beliau jaga sampai akhir hayat dikandung badan.

“Walau apapun yang berlaku, Jebat tetap akan berada di sisi sampai saya menutup mata. Apa yang terbayang dalam fikiran adalah anak saya, itu sahaja,” jelasnya kepada m Star Online mengenai pergolakkan rumah tangganya.

Terdahulu status rumah tangga pasangan ini mencetuskan spekulasi kerana didakwa kembali bergolak selepas Nabila memuat naik kepsyen yang menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sedang berdepan dengan masalah. (rtky/w)