fbpx

“Saya Sibuk Kerja, Bukan Tak Mahu Kahwin”

Kerap kali ditanya tentang pernikahan, Remy Ishak menafikan sengaja melambatkan soal pernikahan dengan tunangnya. Jelas Remy selain komitmen kerja, ada beberapa hal peribadi perlu diberi perhatian dahulu.

BACA: Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

“Amboi! Macam tak sabar nak tengok orang putus saja! Mana ada, saya masih lagi dalam fasa bertunang. Baru setahun lebih, mana lama sangat. Bulan April tahun depan baru cukup dua tahun saya bertunang”

“Kebetulan, saya agak sibuk dengan komitmen lakonan dan belum sampai jodoh lagi agaknya. Bila Allah sekat untuk melangsungkan majlis, mesti ada sebabnya. Saya percaya perkara-perkara yang baik akan datang lambat”

Selain itu Remy juga berkongsi keadaan ibunya yang tercinta yang perlu menjalani pembedahan tirod dan jantungnya yang bengkak. Dalam hal ini Remy pastinya perlu menyediakan kewangan yang banyak.

“Saya hanya manusia yang merancang, kalau boleh nak langsung segera, tapi ada benda yang tak dijangka berlaku dan saya perlu beri perhatian lebih. Macam ibu saya perlu buat pembedahan tirod dan jantungnya bengkak,” jelasnya.

Kalau orang lain ditempat Remy juga pasti berbuat perkara yang sama apabila ibu tercinta sakit. Kalau jodoh tidak ke mana, tidak kisah berapa lama mengikat tali pertunangan pun. (rtky/w)