fbpx

Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Pelakon Remy Ishak, mendedahkan bahawa sebelum ini dia juga pernah mengalami masalah depresi pada dua tahun lepas, ketika menjalani penggambaran filem Pulang.

BACA: Remy Ishak Nafi Tunang Seorang Janda

“Sebenarnya saya pernah mengalami masalah ketika menjalankan penggambaran filem Pulang dan itulah cabaran terbesar saya. Ketika waktu itu, macam-macam berlaku dalam hidup saya”

Secara personalnya, rumah saya kena serang, saya diugut dan sebagainya. Jadi bila saya nak kena mengadap filem Pulang, nak melahirkan watak seperti itu agak susahlah keseluruhan bagi saya,” katanya.

Remy juga mengakui gangguan depresi yang dialaminya juga turut mengganggunya, bagaimanapun berbekalkan semangat yang ada, dia dapat mengatasinya tanpa mengambil sebarang rawatan di hospital.

“Memang saya rasa terganggu, tapi saya cuba yang buat terbaik supaya benda tu saya dapat tepis. Mungkin juga ketika itu saya mengalami fasa peralihan umur, dan ketika itu saya memang depresi. Saya tak ada buat sebarang rawatan, saya hanya muhasabah diri”

“Saya bukanlah jenis orang yang bercakap bila tengah mengalami kesedihan atau waktu ketika saya sedang dilanda masalah. Bagi saya real man akan face the problem”, katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)