fbpx

“Saya & Sherry Sudah Rancang Dialog Tersebut”

Menyedari gurauannya tidak disenangi ramai, Ayda Jebat memohon maaf atas keterlanjuran kata. Jelasnya dialog tersebut sudah pun dirancang oleh beliau dan juga Sherry Al-Hadad sebelum bersiaran langsung.

BACA: Ayda Jebat Dikecam Kutuk Sherry Al Hadad Gemuk

“Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazakan dialog tersebut. Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung”

“Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang. Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris, dengan rendah hati saya memohon maaf”

“Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali berniat mahu menghina sesiapa. Saya anggap kecaman dan teguran yang datang itu kerana mereka sayang dengan saya. Saya menerimanya dengan positif,” katanya.

Bagaimanapun Ayda berfikiran positif dengan kecaman yang diterima dan menganggap ianya pengajaran buat dirinya. Harapnya Sherry juga tidak berkecil hati ya dengan gurauan Ayda! (rtky/w)