fbpx

Ayda Jebat Dikecam Kutuk Sherry Al Hadad Gemuk

Bersempena dengan jualan mega 11.11, Lazada telah mengadakan konsert khas semalam. Namun apa yang menarik perhatian gurauan kasar Ayda Jebat ketika ditemu bual oleh Sherry Al-Hadad hingga mendapat kecaman netizen.

BACA: Ayda Jebat Sindir Lagu Tak Diterima Di Negara Sendiri

Dalam temu bual itu, Ayda memberitahu dirinya tidak mungkin dapat memenangi lumba lari kerana kaki pendek. Kemudian dengan bersahaja Ayda berkata Sherry juga tidak mungkin berbuat demikian kerana kakinya gemuk.

Walaupun seakan bergurau, namun netizen berang dengan ‘mulut celupar’ Ayda dan menganggap seolah ianya ‘body shaming’ terhadap Sherry. Malah ada juga mendakwa Ayda bersikap biadap dan keterlaluan untuk program live seperti itu.

Tapi respect pula pada hos, Sherry kerana tidak melatah dengan gurauan biadap Ayda itu dan meletakkan sikap profesional ketika melakukan kerja. Kalau selebriti lain, mungkin dah muat naik status di media sosial! (rtky/w)