“Saya Seperti 22 Tahun” – Nora Danish Hilang 6Kg Main Pickleball

Pelakon Nora Danish berkata stamina dan tenaganya kini seperti orang muda selepas beberapa bulan bermain sukan pickleball.

Memetik HibGlam, Nora berkata dia merasai perubahan dirinya selepas aktif dengan sukan berkenaan apabila dia kini kurang penat.

BACA: Nora Danish Tak Lagi Fokus Soal Cinta, Lebih Bahagia Main Pickleball

“Banyak perubahan main pickleball, saya punya tenaga memang orang kata macam anak muda. Saya seperti 22 tahun, tak tipu. Itulah kelebihannya. Mungkin dari segi berat badan, makin fit dan jarang penat,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata berat badannya turun sebanyak 6 kilogram selepas sebulan bermain sukan berkenaan.

“Berat saya memang nak kongsi sangat. Sebelum ini 56 kilogram (kg) sekarang dah 50kg dalam masa sebulan saya kerap main,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia tidak mengamalkan diet atau menjaga pemakanan sebaliknya aktif dengan sukan berkenaan untuk kekal sihat.

“Pemakanan saya tak jaga sebab saya memang suka makan terutamanya masakan Melayu. Jadinya saya perlukan sukan pickleball untuk kekal sihat sebab makan saya memang tak jaga. Tak ada pantang larang langsung. Gula pun minum macam itu saja,” katanya.

Sumber; HibGlam

×