Baru-baru ini perkongsian pelakon dan aktivis kemanusiaan, Irma Hasmie menjadi perhatian susulan muat naik di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Irma seakan memberi pesanan buat mereka yang bergelar suami supaya menghargai pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat mereka.
BACA: Ayah Irma Hasmie Meninggal Dunia Akibat Kanser Kelenjar
View this post on Instagram
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah,” tulisnya.
Perkongsian Irma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang membuat spekulasi serta beranggapan rumah tangga pelakon itu sedang goyah.
Bagaimanapun, Irma dilihat ada membalas komen meminta maaf kepada pengikutnya. Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat pelakon itu.
“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” tulisnya.
Untuk rekod, Irma mendirikan rumah tangga bersama Redza yang merupakan seorang ahli perniagaan pada tahun 2012. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata kini berusia 10 dan 9 tahun