fbpx

“Saya Sedang Bertarung Sakit, Anda Sibuk Cakap Soal Mati”

Menerusi satu perkongsian, penyanyi Elyana merayu kepada peminat dan pengikutnya berhenti berkongsi cerita kematian membabitkan pesakit kanser di ruangan komen miliknya.

Elyana berkata dia meminta agar peminat memahami keadaannya serta tidak menakutkan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma.

BACA: “Lebih Sebulan Tahan Sakit, Akhirnya Saya Mengalah” – Elyana

“Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi, saya merayu sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan.

“Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan,” katanya.

Sebelum ini, Elyana memuat naik perkongsian memaklumkan menjalani rawatan kemoterapi untuk tahun ini. Malah, Elyana sebelum ini meluahkan menahan sakit selama sebulan namun akhirnya mengalah.