fbpx

“Lebih Sebulan Tahan Sakit, Akhirnya Saya Mengalah” – Elyana

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Elyana mengakui tidak dapat lagi menanggung menahan sakit hampir lebih sebulan lamanya.

Elyana berkata dia menahan sakit sehingga tidak dapat tidur namun akhirnya mengalah apabila dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Elyana turut memuat naik keadaan terkini yang sedang terlantar di atas katil hospital.

BACA: Berat Elyana Makin Susut, Tinggal 35 Kg Sahaja

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah. Ujian COVID-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi,” katanya.

Ogos lalu, Elyana memuat naik status kesihatan terkininya dimana berat badannya semakin menurun sehingga 35kg.

Sementara itu, dalam satu entri di Insta Story, Elyana seolah tidak dapat menahan rasa sakit namun terpaksa disembunyikan untuk keluarga tersayang.

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap empat. Julai lalu, Elyana menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati kanser dihadapinya sejak 10 tahun lalu.