Teman lelaki pelakon Diana Danielle iaitu Bernard Vincent dilihat menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir kekasihnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bern memuat naik gambar mereka bersama serta menyifatkan momen-momennya bersama Diana adalah yang terindah.
BACA: Diana Danielle Syukur Teman Lelaki Boleh Diharap
“Selamat hari jadi sayang. Terima kasih kerana jadi orang yang sangat hebat, ibu, kakak, anak, sahabat dan pasangan,” tulisnya.
Sementara itu, Bern turut berharap mereka dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama di masa hadapan serta mendoakan buat kekasihnya itu.