fbpx

“Saya Sangat Takut Disoal Jika Anda Tinggalkan Solat”

Meskipun sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi panas, nampaknya Haqiem Rusli kini dilihat lebih positif. Baru-baru ini, perkongsian yang dimuat naik olehnya di Instagram mendapat perhatian ramai.

Menerusi entri tersebut, Haqiem mengingatkan peminatnya tidak meninggalkan ibadah dan lalai ketika mendengar lagu atau menonton persembahannya. Ujar Haqiem lagi, dia bimbang akan disoal di akhirat kelak. Jelasnya lagi, niatnya menceburi bidang muzik untuk mencari rezeki halal serta membantu ibu bapanya.

BACA: Foto Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Bersama Wanita Tular

“Saya berharap anda janganlah sampai meninggalkan solat kerana bergegas pergi ke persembahan saya, dengar lagu saya sampai melambatkan solat dan banyak lagi. Senang cerita jangan tak lakukan ibadah.

“Saya sangat takut jika saya akan disoal satu hari nanti. Saya ingin lakukan tangungjawab ini terlebih dahulu,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji penyanyi itu yang saling mengingatkan serta mengambil berat tentang ibadah wajib tersebut.  Malah ramai peminat mengatakan disebabkan itu juga sehingga kini mereka masih memberikan sokongan padu kepada Haqiem.