fbpx

“Saya Sangat Manja, Apa Salahnya Abang Ipar Cium?”

Bulan lalu hangat diperkatakan mengenai gambar perkahwinan Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang memaparkan Chacha Maembong dicium oleh abang iparnya.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, Chacha menyifatkan netizen terlalu negatif mengenai hal berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini Chacha membuka mulut mengenai kontroversi tersebut menjelaskan dia sememangnya seorang yang sangat manja dengan abang ipar.

BACA: Dicium Abang Ipar, Chacha Maembong Sifatkan Netizen Terlalu Negatif

Ujarnya lagi, tiada salahnya untuk meraikan kebahagiaan lebih-lebih lagi dia baru mendapat abang ipar dan kakaknya yang baru sahaja bergelar isteri.

“Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.

“Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je halal, so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni,” katanya kepada Astro Gempak.

Menurutnya, gambar itu biasa sahaja baginya dan ramai mereka diluar sana turut melakukan perkara sama tapi hanya kerana dirinya seorang selebriti pasti akan dikecam teruk.

“Pasal gambar tu, it’s a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila gentam saya?

“Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.

“So, cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa, so i just keep it low,” katanya.

Berita baik untuk semua! Watsons Malaysia kini sedang mengadakan promosi Beli Satu Percuma Satu untuk produk jenama Watsons terpilih di seluruh Malaysia! Jom serbu cawangan Watsons berdekat di seluruh Malaysia atau beli online di http://bit.ly/2wlS9Xq sekarang!

Promosi sehingga 30 Mac 2020 (SM), 6 Apr (SS). Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.