“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung”
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijak sejak lima tahun lalu.
Gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.
BACA: Mia Sara Disuruh Buka Tudung Jika Nak Berlakon
“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.
“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.
“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali, lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan. Ia bukan sebab saya tak mahu berlakon,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Mia turut meminta pihak produksi diluar sana menghormati dirinya yang sudah berhijab. Ujarnya, berikan watak tidak bertudung seolah minta untuk membuka hijab.
“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini. Apabila kurang berlakon, timbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.
“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Mcm la kalo ko x berlakon drama Msia jd sendu? Your are nothing OK…
Bagus Mia… bumi Allah luas, rezeki akan tetap ada…in shaa Allah.
Moga terus istiqomah dgn mematuhi perintah Allah
Otak lembu, tak habih cite pasai tudung, jadi kalau pakai tudung tu lebih islam dari yang lain ke? yg pakai tudung tu yg bawak banyak masalah, mulut lonkang, zina, curi laki orang etc
sudah2la. tau la ko baik. tak payah ulang2 cite ni la siakkk!!
Mia, statement ko ni bagus, tapi lagi bagus kalau ko selit sekali nama artis2 yang tak sesuci macam ko yang dah bukak tudung macam uqasha senrose, a.aida, sara hildrebad, emma maembong dll. Barulah ko boleh jadi contoh artis sesuci embun pagi kat Malaysia ni.
Dulu masa kecil dia ni comel & petah bercakap. Sekarang mungkin bila membesar kecomelan itu dah tiada. Ramai artis2 barat pun hanya laku masa kecil. Bila membesar & menua semua aset masa kecil dah hilang. Terima saja lah walaupun pengarah dah tak berminat. Hidup ini ada fasa2nya. Ada yg bila kecil sgt comel & lagi membesar lagi cantik. Tapi, kalau sebaliknya terimalah saja anugerah Allah. Kata dah ada perniagaan. Teruskan sajalah.
good girl..bgus dik..kalau boleh kurang kn tiktok k..
Ko blakon biasa je dik. Time kecik ja comel.. Dah besar biasa ja.. Dgn suara garau ko tu..
Apa la yg busuk ati atas2 ni..org tny dia jawabla..bdk ni mmg comel dr kcik smpi skg..dia pakai tudung ke x tgjwb cri nafkah tu tgjwb mak bpk bkn tgjwb die..ramai mak bpk culas amek kesempatan kt ank dn jadikan bdk2 cmni pncri nafkah..xpyh berlakon dik bia bpk ko yg cri nagkah bkn goyang telor kerah ank dr kcik..tgjwb ko bljar bkn pencari rezeki..blom masanya lagi
bila gagal letakkan iman dalam diri bahawa pemberi rezeki itu manusia…
padahal pemberi rezeki itu adalah yang menyuruh kita menutup aurat..
terbai Mia…calon menantu yang baik