fbpx

“Saya Rela Diceraikan Daripada Hidup Bermadu”

Baru-baru ini, pelakon Ezzaty Abdullah mengakui tidak rela berkongsi kasih dengan wanita lain jika suaminya, Azwan Kombos mahu berkahwin lagi.

Kata Ezzaty, dia lebih rela diceraikan dan melepaskan orang tersayang daripada berkongsi kasih dengan suaminya.

BACA: Ezzaty Abdullah Menangis Dua Hari Dua Malam Takut Nak Buat Swab Test

“Maaflah, saya memang anti poligami. Saya tahu dalam Islam dibenarkan tapi terus-terang saya tidak boleh menerimanya dalam hidup.

“Sebenarnya susah nak cakap sebab saya pun ada suami dan saya pun tak tahu apa akan jadi di masa depan.

“Tapi jika Azwan mahu berkahwin lagi, saya rela diceraikan daripada hidup bermadu. Sudah tentu saya sayangkan suami saya tapi untuk hidup berpoligami tu tak sanggup,” katanya.

Ezzaty mengulas perkara itu apabila membintangi drama The Maid membawa watak sebagai isteri ketiga kepada Jayden yang dilakonkan oleh Norman Hakim.

Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan Kombos pada Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia kini berusia tiga tahun.