Gara-gara terlalu takut untuk menjalani swab test Covid-19, pelakon Ezzaty Abdullah mendedahkan dia menangis dua hari dua malam memikirkan mengenai perkara itu.

Ezzaty berkata dia bimbang jika tidak mampu menahan kesakitan sewaktu menjalani proses pengambilan sample ujian itu apatah lagi dia jenis yang tak tahan sakit.

BACA: Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah)

“Dua hari dua malam nangis sebab takut. Pagi tadi pun nangis lagi. Saya memang jenis yang tak tahan sakit, malah ambil darah dekat jari pun boleh nangis sakit,” katanya.

Berkongsikan video melakukan swab test, Ezzaty dilihat menggigil ketakutan sambil menerima sokongan daripada suami dan rakan artis.

Ezzaty berkata dia perlu menjalani ujian saringan sebagai syarat sebelum memulakan penggambaran. Ujarnya, dia memberanikan diri atas rasa tanggungjawab bagi membendung penularan Covid-19.

“Tapi sebagai rakyat yang ingin bekerja dan akan jumpa ramai orang, saya perlu bertanggungjawab untuk buat swab test ni sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan saya tidak menyebarkan wabak covid kepada orang lain terutama pada keluarga dan rakan sekerja.

“Takut or tak semua kena letak tepi dulu ok. Trust me, memang tak sakit pun. kalau saya jenis yang memang tak tahan sakit langsung ni pun cakap tak sakit, macam mana dengan korang?

“Alhamdulillah keputusan dah dapat dan negatif! semoga kita semua dijauhi dari wabak covid-19,” katanya.