fbpx

“Saya Rasa Sesuailah Saya Gunakan Istilah Hauk Tu Pada Mereka”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri dikecam teruk mengenai isu pelitup muka Sirim.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Tampil menjelaskan mengenai kenyataannya berhubung pelitup muka hauk, Jovian berkata dia tidak niat untuk memperlekeh mana-mana jenama pelitup muka di pasaran.

BACA: Jovian Mandagie Nafi Guna Aset Kerajaan

Jelasnya, pelitup muka hauk yang dimaksudkan adalah Jovian Mask tiruan yang semakin berleluasa di pasaran.Ujarnya, sudah lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran dimana menggunakan design serta monogram pelitup muka jenamanya.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan tu ialah pelitup muka Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia juga menegaskan bahawa isu Sirim bukan atas pemintaannya mahupun keuntungan baginya. Malah, Jovian turut mempersoalkan dari mana dia akan untung lebih dalam isu tersebut.

Katanya lagi, dia yakin bahawa bukan saja jenamanya mempunyai cop Sirim, banyak lagi jenama lain sudah ada cop Sirim apatah lagi pihaknya baru saja mahu memohon untuk persijilan tersebut.