fbpx

Jovian Mandagie Nafi Guna Aset Kerajaan

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie dikatakan menaiki helikopter selepas terkandas berikutan banjir berlaku di Lembah Klang.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jovian tampil menafikan dakwana dia menggunakan helikopter milik kerjaan untuk kegunaan peribadi. Kata pereka fesyen terkenal itu lagi, dia tidak akan sesekali menggunakan harta benda yang bukan miliknya.

BACA: Gambar: Di Sekitar Pernikahan Jovian Mandagie & Nina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya, itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” tulisnya.

Kata Jovian lagi, jika ada individu yang tidak suka dengan dirinya boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial. Ujarnya, di saat genting begini lebih baik jika hulurkan bantuan kepada mangsa banjir daripada isu melibatkan dirinya.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.