fbpx

“Saya Rasa Nak Muntah” – Ridhuan Tee Tegur Video Abang Tesla

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkahwin dua sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Memetik mStar Online, pendakwah bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menegur perkongsian video pempengaruh media sosial itu.

BACA: Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Satu Ujian

Menurut Ridhuan, hal rumah tangga sepatutnya tidak dikongsikan kepada umum kerana ia melibatkan maruah suami dan juga isteri.

“Tengok video TikTok, dia seolah-olah memperendahkan dan menghina kaum wanita, seolah wanita itu boleh dibeli dengan wang ringgit, akhirnya mereka jadi lembut hatinya membenarkan suaminya berpoligami dan sebagainya.

“Pada saya video itu tidak ada adab, tidak hairanlah dia dikecam sedemikian rupa, dia tak boleh salahkan netizen kerana dia yang menjadi punca masalah, dia yang mencari masalah,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah itu turut menegur tindakan netizen yang berkongsi video parodi atau lakonan semula memaparkan suami meminta izin untuk berkahwin lagi selepas selesai solat.

Tambah Ridhuan lagi, dia merasakan mahu muntah selepas melihat video tersebut serta mengatakan Abang Tesla seolah cuba mendapatkan perhatian orang ramai namun membawa kepada kecaman netizen.

“Bila saya tengok video tadi (video viral Abang Tesla) saya rasa nak muntah.

“Saya nak sebut istilah gatal dan cuba dapatkan perhatian orang ramai tapi akhirnya jadi bahan kecaman netizen. Tak fasal-fasal dapat dosa, nasihat saya berpada-padalah dalam membuat content negatif,” katanya,