Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Satu Ujian
Hangat diperkatakan mengenai isu pelakon Syafie Tee apabila tular video panasnya berpelukan dan mencium seorang wanita, akhirnya pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil membuka mulut.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ridhuan berkata apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya dan anaknya yang baru menceburi dalam dunia seni. Ridhuan juga turut mengakui dirinya juga tidak sempurna.
BACA: Tular Video Lelaki Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Bercium Dengan Wanita?
“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna.
“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah…Saya pasrah…
“Syafi Tee, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.
“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini,” tulisnya.
Ridhuan berkata beliau akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan dan kemungkaran walaupun anaknya sendiri.
“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan.
“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita,” tulisnya.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan individu mirip Syafi itu dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.
- SUMBER
- mStar Online
Confirm laa mmg anak dia dlm video tu yer?! Aku respek laa sbb dia x berdalih atau Cuba sorokkan benda ni sbb bnyk pihak bila berlaku mrk mati2 xnk ngaku. Kita bkn nak cari manusia sempurna sbb walaupun Nabi itu maksum dan terlindung dari dosa sekali pun tetap Allah tnjk kan mrk juga buat silap dan kesalahan lalu di tegur dan di perbetulkan. Itulah yg menjadikan manusia ini makhluk yg sngt terpuji lbh mulia dari para malaikat yg x pernah buat dosa. Sbb manusia ni makhluk yg paling lemah dia tara segala makhluk yg Allah cipta tp jika dia taat kpd Allah dia menjadi satu makhluk yg mampu memimpin dan menguasai seisi alam ini!
Ni lah geng penunggang agama kat malaysia..kalau kena kat orang lain habis kena sembur dlm socmed tapi kalau kena kat batang hidung sendiri, di uji…piiiirraaaah. Nak cakap bukan ujian tapi bala kot diturun kan?
Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa…
betul kata bait2 lirik ni. dan jgn lupa yg berkopiah berlebai pun banyak yg terlanjur. kepada Ridhuan Tee, ex my neighnour 10th floor, bersabar byk2. harap anak belajar dari kekhilafan ni. dan u juga kena berubah. murahkan senyuman, jangan memilih orang untuk melontarkan senyuman. kita semua manusia biasa, bukan orang surau saja yang sempurna… :-)
Perghhhhh….sempoi bak hang…
Samakan diri dengan nabi ye….
“Nabi nuh pun tak selamatkan anak dia”
Habistu yang kau sibuk tegur orang suruh jaga anak tu apa cerita?
Dasar penunggang agama tak sedar diri.
Betullah apa yang orang cakap, makan duit haram hasil melacur agama sendiri hati pun jadi hitam kebas sampai dah tak rasa dosa.
Perghhhhh….sempoi bak hang…
Samakan diri dengan nabi ye….
“Nabi nuh pun tak selamatkan anak dia”
Habistu yang kau sibuk tegur orang suruh jaga anak tu apa cerita???
Dasar penunggang agama tak sedar diri.
Betullah apa yang orang cakap, makan duit haram hasil melacur agama sendiri hati pun jadi hitam kebas sampai dah tak rasa dosa.
Perghhhhh….sempoi bak hang…
Samakan diri dengan nabi ye….
“Nabi nuh pun tak selamatkan anak dia”
Habistu yang kau sibuk tegur orang suruh jaga anak tu apa cerita???
Dasar penunggang agama tak sedar diri.
Betullah apa yang orang cakap, makan duit haram hasil melacur agama sendiri hati pun jadi hitam kebas sampai dah tak rasa dosa.
Sebaik2nya lenturlah dikalangan yg hampir dengan kamu.
cium pipi je. chill
anak rosak sebab jadi retis.
ramai je retis rosak spt ashraf muslim isteri bertarung belajar dia berzina dgn tunang orang berselindung di balik agama.
normiang hakim isteri berpantang berzina dgn retis lepas tu tunjuk konon warak tapu tunjuk bebird konon dia sado.
bermadu dgn laki org lepas tu laki dayus cerai bini lama.
retis guna kalimah agama untuk di sanjung2 oleh pengikut. lemah.
Sedih dengar luahan Ustaz Ridwan Tee.?
Tapi anak Ustaz Ridwan belum cukup jahat lagi, hanya memalukan nama baik ayahnya seluruh Malaysia sahaja.
yang real punya jahat adalah koyakkan maruah nama baik ayah sendiri seluruh dunia..
iaitu, Jibon dan Rosmah sanggup cemarkan nama baik ayah dia sendiri iaitu Tun Razak.
Sedunia kecoh calar balar maruah keluarga Tun Razak dikerjakan Rosmah and Pak Turutnya.
Sedih dengar luahan Ustaz Ridwan Tee.?
Tapi anak Ustaz Ridwan belum cukup jahat lagi, hanya memalukan nama baik ayahnya seluruh Malaysia sahaja.
yang real punya jahat adalah koyakkan maruah nama baik ayah sendiri seluruh dunia..
iaitu, Jibon dan Rosmah sanggup cemarkan nama baik ayah dia sendiri iaitu Tun Razak.
Sedunia kecoh calar balar maruah keluarga Tun Razak dikerjakan Rosmah and Pak Turutnya.
Bapa borik anak rintik.
Jika bapa seorang temberang, bolih kah anaknya lurus dan bertabiat betul?