fbpx

“Saya Rasa Malu, Mak Datuk Seri Tapi Anak Macam Orang Kampung”

Sedar ramai mengkritik dan mengecam penampilannya, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak kisah jika komen negatif ditujukan kepadanya.

Bagaimanapun, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen berkata dia bimbang terhadap penerimaan ibunya.

BACA: Cik B Terkejut Bapa Mahu Tuntut Harta Sepencarian Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok.

“Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya? Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” katanya.

Tidak berdendam dengan netizen yang melemparkan kata-kata negatif, Cik B mendoakan mereka yang sering mengecam dirinya agar berjaya dalam hidup dan tidak membenci dirinya lagi.

“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,” katanya.