fbpx

“Saya Rasa Ia Hanya Gelekan Biasa Untuk Persembahan Dangdut”

Baru-baru ini, tular video memaparkan penyanyi Baby Shima dilihat bergelek di Konsert Hausboom Music sekali lagi mengundang kecaman hebat apabila disifatkan keterlaluan selain pakaiannya mencolok mata.

Susulan aksinya itu, ada yang menuduh penyanyi itu tidak sensitif serta ada netizen mempertikaikan penyanyi antarabangsa dilarang masuk Malaysia sedangkan artis temtapan tidak menjaga adab.

BACA: Baby Shima Umum Bertanding PRN, Mahu Bela Nasib Rakyat

Memetik Harian Metro, Shima berkata netizen yang mengecam tidak berada di konsert berkenaan dan hanya melihat video dikongsikan di media sosial.

“Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan. Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

“Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut. Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan. Sekiranya melihat persembahan secara ‘live’ mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Shima berkata dia tiada niat untuk mencabar mana-mana pihak serta mengatakan apa yang dilakukan olehnya pasti akan dikecam.

“Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen. Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus,” katanya.