fbpx

Baby Shima Umum Bertanding PRN, Mahu Bela Nasib Rakyat

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima mengumumkan dia bakal bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Perkara itu dimaklumkan oleh Shima menerusi video dikongsikan di Instagram miliknya namun tidak didedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri mana dia bakal bertanding.

BACA: PU Syed Tak Gentar Disaman Baby Shima, Anggap Ujian Cegah Kemungkaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan saya akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat. Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Sementara itu, memetik BH Online, Shima memaklumkan dia akan mengumumkan manifestonya tidak lama lagi serta mengatakan dia mahu berbakti kepada masyarakat.

“Saya akan mengumumkan kawasan dan manifesto kemudian. Objektif saya menyertai politik untuk membela nasib rakyat agar beban dihadapi dapat diselesaikan,” 

“Sebelum ini, ramai artis lain terbabit dalam politik. Tujuannya mahu yang terbaik untuk rakyat.

“Bagi saya, tidak salah jika mahu berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan muda. Kalah atau menang, itu soal nombor dua. Tidak salah untuk saya mencuba perkara baik. Doakan saya,” katanya.