fbpx

“Saya Rasa Datuk Pemalu, Jadi Kurang Nak Kongsi Posting Di IG”

Meskipun penyanyi Datin Alyah sudah lama bertapak dalam industri hiburan tanah air, namun boleh dikatakan kisah peribadinya terutamanya melibatkan suami, Datuk Ramli MS yang sentiasa menjadi perhatian.

Berkali penjelasan diberikan namun ada segelintir netizen membuat spekulasi terhadap rumah tangganya yang dikatakan kian renggang dek kerana jarang berkongsikan foto bersama suami di media sosial.

BACA: “8 Tahun Saya Seorang Jawab Soal Rumah Tangga”

“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun memang jarang.

“Cuma kebelakangan ini saya akui agak kurang untuk kongsi foto bersama kerana masing-masing sibuk. Tambahan pula saya rasa Datuk ni pemalu, jadi kurang nak kongsi posting di sosial media.

“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okay,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Alyah menjadi bualan ramai apabila memuat naik status di Instastory  meluahkan rasa penat berpura-pura bahagia depan orang ramai. Kami doakan semoga Alyah dan Tok Ram kekal bahagia sehingga ke Jannah.